LATAR BELAKANG PROGRAM
Program Madinah Ramadan bermula sejak tahun 1991, selaras dengan dasar "Membangun Bersama Islam". Bermula dengan khemah kecil di stesen bas Kota Bharu, kini program ini berkembang menjadi acara tahunan mega bertaraf antarabangsa. Pada tahun 2014, program ini dijenamakan semula sebagai Madinah Ramadan dengan lokasi tetap di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV

Program Madinah Ramadan 1446H/2025M akan bermula pada Awal Ramadan (1 Ramadan 1446H / 1 March 2025) hingga Awal Syawal (1 Syawal 1446H / 31 March 2025) bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV.


Antara aktiviti utama yang akan diadakan adalah :-

  • Solat Terawih pada setiap malam
  • Daurah Al-Quran pada setiap pagi
  • Iftor Jama'e pada setiap hari
  • Halaqah Anak Syurga pada setiap petang
  • Haza Hadis pada setiap hari selepas solat terawih
  • Kiosk Perkhidmatan setiap hari
  • Tazkirah Madinah Ramadan selepas dua salam
  • Hadhanah Al-Atfal pada setiap malam
  • Sumbangan Kasih kepada Asnaf, Armalah dan Anak-anak Yatim
  • Forum Perdana Muslimat
  • Bicara Nuzul Al-Quran
  • Sepetang Anak Muda Bersama Ustaz Azhar Idrus
  • Qiamullail dan Bersahur
  • Bicara Badar Kubra selepas solat terawih
  • World Quran Hour
  • Solat dan Khutbah Aidil Fitri

| PROGRAM MALAM SAMBUTAN KEMENANGAN GAZA |

Tarikh : 03 Ramadan 1446H Bersamaan 04 Mac 2025M
Masa : 9.30 Malam

Tempat : Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV
Majlis akan diserikan dengan kehadiran :
YBhg Ustaz Nadir Al-Nuri dan
NGO Cinta Gaza Malaysia
Semua warga kota dijemput hadir bagi menyatakan sokongan dan solidariti kepada Bumi Palestin.