Program Madinah Ramadan 1445H/2024M akan bermula pada Awal Ramadan (1 Ramadan 1445H / 12 March 2024) hingga Awal Syawal (1 Syawal 1445H / 10 April 2024) bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Antara aktiviti utama yang akan diadakan adalah :-

  • Solat Terawih pada setiap malam
  • Tahsin Qiraat 30 Juzuk Al-Quran pada setiap pagi
  • Iftor Jama'e pada setiap hari
  • Halaqah Anak Syurga pada setiap petang
  • Haza Hadis pada setiap hari selepas solat terawih
  • Kiosk Perkhidmatan setiap hari
  • Tazkirah Madinah Ramadan selepas dua salam
  • Hadhanah Al-Atfal pada setiap malam
  • Interaksi A-Quran bersama YBhg Ustaz Fazrul Fahmee b Ismail pada 3 Ramadan 1445H / 14 Mac 2024
  • Majlis Perasmian Madinah Ramadan oleh YAB Dato' Panglima Perang Menteri Besar Negeri Kelantan
  • Sumbangan Kasih kepada Asnaf, Armalah dan Anak-anak Yatim
  • Forum Perdana Muslimat pada 14 Ramadan 144H / 25 Mac 2024
  • Bicara Nuzul Al-Quran bersama YBhg Profesor Emeritus Dato' Dr. Johari Bin Mat pada 17 Ramadan 1445H / 28 Mac 2024
  • Sepetang Anak Muda Bersama Ustaz Azhar Idrus pada 18 Ramadan 1445H / 29 Mac 2024
  • Qiamullail dan Bersahur pada 18-28 Ramadan 1445H / 29 Mac - 08 April 2024
  • Pertandingan Kaligrafi pada 19 Ramadan 1445H / 29 Mac 2024
  • Bicara Badar Kubra pada 19 Ramadan 14485H / 30 Mac 2024 selepas solat terawih
  • World Quran Hour pada 25 Ramadan 1445H / 5 APril 2024 jam 11.00 pagi
  • Solat dan Khutbah Aidil Fitri pada 1 Syawal 1445H / 10 April 2024

 

 

SOLAT TERAWIH

- YBhg. Syeikh Hesyam Abdelbary Muhamed Rageh (Pertubuhan Akademi Al-Quran Bandar Raya Islam).
- Solat di dalam khemah terbuka (Marquee Tent) yang dianggarkan dapat menampung seramai 3000 orang.
  (Solat Terawih berakhir jam 10 malam)
- Tadarus Al-Quran Bersama Sheikh Qurra’ Bandar Raya Islam.