Madinah Ramadan merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bagi menghidupkan bulan penuh mulia Ramadan sejak 1993 hingga kini.

Bermakna sudah hampir 29 tahun program ini diadakan. Lokasi tetap terkini adalah di dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu. 

Madinah Ramadan mendapat sambutan yang amat menggalakkan bukan sahaja dikalangan warga Kota Bharu, malah juga dari masyarakat seluruh tanah air serta para pelancong dari dalam dan luar negara.

Pada hari ini Kerajaan Negeri melancarkan Tabung Madinah Ramadan bagi tujuan meraikan sumbangan daripada syarikat- syarikat korporat dan orang perseorangan yang sama-sama menyumbang kearah menjayakan Madinah.